Assalamualaikum wbt.

Berita baik untuk warga Kuala Berang !! Kelas mengaji khas untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun dan untuk orang dewasa bakal dibuka di Kuala Berang. Yuran bulanan hanya serendah RM 30 sahaja. Guru mengajar al-Quran merupakan guru berpengalaman yang pernah mengajar mengaji di sekitar KL dan Shah Alam. Malah, guru juga pernah mengajar anak personaliti TV iaitu pengulas sukan Astro Arena, anak golongan elit di Shah Alam dan isteri usahawan di Selangor.

Yang paling penting, kelas ini bukan sekadar kelas mengaji sahaja, tetapi anak-anak anda juga akan diajar dengan ilmu tajwid yang betul termasuklah sebutan makhraj yang tepat dan mengenal hukum tajwid. Guru juga akan mengajar murid-murid menulis jawi, menghafal surah-surah lazim dan juga menghafaz hadith pilihan.

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 30 sahaja dan murid boleh memilih untuk add-on Iqra' atau al-Quran berwarna-warni. Harga Iqra' ialah RM 10 dan harga al-Quran ialah RM 40. Namun, jika murid sudah ada Iqra' atau al-Quran sendiri, murid boleh bawa Iqra' atau al-Quran sendiri ke kelas mengaji.

Sehingga hari ini, kelas mengaji dibuka untuk 4 sesi iaitu :

Slot 1 - 4:00 - 5:00 petang

Slot 2 - 5:00 - 6:00 petang

Slot 3 - 6:00 - 7:00 petang

Slot 4 - 8:30 - 9:30 malam

Bagi kelas mengaji dewasa, anda bebas untuk menentukan masa mengaji anda, iaitu pada waktu pagi hari Isnin & Khamis. Anda boleh memilih untuk mengaji seawal jam 8:00 pagi sehingga jam 12:00 tengah hari. Masa adalah fleksibel untuk orang dewasa.

Kelas akan bermula pada 5/9/2022 iaitu pada hari Isnin. Anak-anak anda akan diberikan free gift set kit mengaji pada hari pertama sesi mengaji.

Kelas akan diadakan di rumah guru di Padang Setengge. Rujuk gambar di poster untuk melihat lokasi tempat mengaji. Ruang tempat mengaji mempunya aircond jadi anda tidak perlu risau dengan cuaca panas. Insya-Allah anak-anak selesa.

Jika anda berminat untuk mendaftar, anda boleh klik di sini : Whatsapp