Hai, Assalamualaikum. Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh terus tekan sini : Whatsapp
Untuk melihat soalan yang kerap ditanya, boleh baca Q&A di bawah.
Q&A
1) Berapa harga yuran mengaji?
Yuran pendaftaran RM 30 sebulan & hanya perlu bayar sekali sahaja. Manakala yuran bulanan pula hanya perlu bayar sebanyak RM 30 sahaja sebulan. Selepas murid membayar yuran bulanan, murid akan dapat free gift set kit mengaji iaitu beg mengaji, buku rekod mengaji, penunjuk mengaji yang diukir nama murid, pensel, pemadam dan pembaris. Murid juga boleh membeli Iqra' berwarna warni berharga RM 10 & Al-Quran berwarna warni berharga RM 40.
2) Kelas mengaji ni terbuka untuk siapa je?
Kelas mengaji ni terbuka untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun sehinggalah remaja berumur 19 tahun. Jika ada orang dewasa yang serius nak belajar mengaji, boleh pm saya. Saya boleh ajar jika tuan/puan betul2 serius nak belajar & sanggup berguru dengan guru muda.
3) Ni kelas mengaji online atau bersemuka?
Ini kelas mengaji bersemuka di mana guru sendiri akan ajar mengaji berdepan dengan murid. Murid perlu datang ke rumah guru untuk belajar mengaji. Namun jika ada murid yang duduk jauh dan tak dapat hadir ke rumah saya, saya juga boleh buat kelas mengaji online di platform google meet. Jika berminat nak menyertai kelas mengaji online, boleh hubungi saya. Kelas untuk orang dewasa akan diadakan pada hari Isnin & Khamis sahaja pada waktu pagi. Masa adalah fleksibel dan yuran hanyalah sebanyak RM 30 sahaja sebulan.
4) Kat mana kelas mengaji ni? Bila kelas diadakan?
Kelas akan dibuat di rumah guru dekat Padang Setengge, berhampiran dengan SK Padang Setengge. Kelas mengaji dibuat pada hari Isnin, Selasa & Rabu. Kelas dibuat pada waktu petang. Ada 4 slot boleh dipilih
Slot 1 - 4:00 - 5:00 petang
Slot 2 - 5:00 - 6:00 petang
Slot 3 - 6:00 - 7:00 petang
Slot 4 - 8:30 - 9:30 malam..
Kelas mengaji diadakan selama satu jam pada setiap sesi.. seminggu ada 3 kali kelas, sebulan pula ada 12 kali kelas bersamaan dengan 12 jam kelas sebulan...
0 Comments